Kenaian tarif air bagaimanapun tidak melibatkan B40.

PETALING JAYA – Kenaikan tarif air tidak dapat dielakkan, dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Charles Santiago turut membayangkan bahawa kenaikan itu bukan pada kadar kecil-kecilan.

Beliau bagaimanapun memberitahu bahawa kenaikan itu tidak akan membebankan isi rumah B40.

Charles berkata, selari dengan usaha penyusunan semula perkhidmatan air, pengguna dapat menikmati kualiti air yang lebih baik sementara masalah pembaziran dan ketirisan dapat dikurangkan.

“Penentuan tarif air akan mengambil kira sama ada kadar itu boleh diterima pengguna, terutamanya apabila kos sara hidup meningkat,” katanya kepada Oriental Daily.

Beliau berkata, banyak negeri tidak menaikkan tarif air walaupun perbelanjaan untuk membekal air telah meningkat.

“Jika tarif air tidak dinaikkan, negeri-negeri akan berdepan kekangan untuk menggunakan sumber yang terhad untuk memperbaiki mutu perkhidmatan.

“Kadar kenaikan itu tidak adalah terlalu kecil kerana sesetengah negeri sudah lama tidak menyelaraskan kadar mereka,” katanya sambil menambah bahawa kali terakhir Pahang menyelaraskan tarifnya ialah 38 tahun lalu.

Beliau berkata, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Perlis mempunyai masalah air tidak berhasil yang tinggi.

Tambahnya, keadaan di Melaka pula tidak serius manakala hasil dan perbelanjaan negeri ini juga lebih seimbang menyebabkan kadar kenaikan tidak tinggi. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan