Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

KUALA LUMPUR – Hasrat membawa kumpulan K-Pop ke Malaysia untuk membuat konsert demi negara mendapat perhatian dunia dan destinasi pertama pilihan pelancong.

Kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, ia terbukti apabila penyanyi hollywood Ed Sheeran membuat konsert jelajahnya di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini penuh dengan ribuan pelancong selain warga Malaysia.

Bagaimanapun Syed Saddiq tidak menafikan persembahan penyanyi nombor 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza juga mendapat sambutan baik di Axiata Arena baru-baru ini.

“Baru-baru ini kita berjaya membawa Ed Sheeran untuk buat persembahan di Stadium Bukit Jalil. Penuh stadium! Orang Singapura dan Indonesia turun ke Malaysia. Stadium dan peralatan disewa dan peniaga-peniaga kecil juga dapat nikmatnya.

“Sama juga semasa TokTi (Datuk Siti Nurhaliza) buat persembahan di Axiata Arena,  penuh dan ramai yang dapat nikmatnya.

“Saya tidak mahu Malaysia jadi destinasi kedua, ketiga. Saya nak Malaysia jadi yang pertama,” katanya di Twitter.

Tambahnya, pendekatan yang digunakan Singapura dan Thailand dengan memanggil artis antarabangsa mengadakan konsert di negara mereka terbukti mendapat sambutan dan kemudian memberi keuntungan terhadap pelbagai aspek termasuklah pelancongan.

“Saya nak ubah trend ini. Lihat sahaja di Singapura apabila Coldplay dan BTS memilih Singapura sebagai destinasi pilihan, Stadium Nasional mereka penuh dan tiket habis terjual kurang 4 jam.

“Berpuluh ribu pelancong luar datang ke Singapura dan Singapura juga dapat kesan pelbagai kepada pelancongan. Perhatian dunia kepada Singapura, bukan Malaysia,” tambahnya.

Justeru beliau menyeru agar semua pihak berfikiran terbuka dengan niatnya untuk membawa kumpulan K-Pop BTS sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 kelak.

“Di Korea Selatan, USA, Jepun Indonesia pun mereka jemput artis luar untuk datang, adakah ia bermaksud mereka tidak menghargai artis tempatan mereka? Kita perlu berani berfikir di luar kotak,” kata Syed Saddiq lagi. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/blog/2019/04/26/daripada-bawa-k-pop-lebih-baik-tumpu-nasib-industri-hiburan-negara-seniman/

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast