MIAMI – Seorang bekas pegawai polis di Florida dihukum penjara 25 tahun kerana menembak mati seorang lelaki kulit hitam yang sedang menunggu trak tunda pada Oktober 2015.

Nouman Raja, 41, yang ketika itu sedang bertugas tanpa memakai uniform telah ditembak dari Jabatan Polis Palm Beach Gardens sebaik sahaja beliau menembak mati mangsa, Corey Jones, 31.

Dia kemudiannya disabitkan kesalahan membunuh oleh juri, bulan lepas.

Menurut polis, Raja yang berpakaian biasa sedang memandu sebuah van ketika dia ternampak sebuah kereta yang disangkakan terbiar di lebuhraya West Palm Beach pada 18 Oktober 2015, beberapa jam sebelum matahari terbit.

Mangsa ketika itu sedang berada di dalam kereta berkenaan menantikan trak tunda.

Menurut pendakwaraya, Raja tidak memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis dan bertindak secara agresif sehingga menyebabkan mangsa menyangka dia adalah seorang perompak.

Menurut polis, mangsa mengeluarkan sepucuk pistol yang dibeli secara sah tiga hari sebelum itu sebelum Raja menembaknya sebanyak enam kali dalam masa 13 saat.

Jones meninggal akibat tembakan di dada.

Menurut ahli keluarga mangsa, Jones adalah seorang pemain drum profesional, seorang alim dan pemain muzik yang dedikasi.- Agensi