Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Hanya 39 peratus rakyat Malaysia memberi rating positif kepada kerajaan pimpinan Pakatan Harapan dalam kaji selidik yang dijalankan oleh Merdeka Centre pada Mac 2019.

Kaji selidik itu juga menunjukkan tahap kepuasan rakyat terhadap prestasi Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri merosot kepada 46 peratus berbanding 71 peratus yang direkodkan pada Ogos 2018.

Kemerosotan itu juga selari dengan pandangan pengundi yang merasakan ‘negara ini menuju hala tuju yang salah’ meningkat kepada 46 peratus pada Mac 2019 berbanding 24 peratus pada Ogos tahun lalu.

tun mIa membabitkan 25 peratus responden bimbang akan ekonomi, 21 peratus berpandapat pentadbiran kerajaan lemah, gagal menunaikan janji (10 peratus), polarisasi kaum (7 peratus), politik (6 peratus).

Penurunan penarafan mungkin disebabkan oleh tiga faktor, iaitu keadaan ekonomi seperti yang dirasai oleh pengguna biasa, prestasi pentadbiran, dan keprihatinan terhadap hak dan keistimewaan Melayu serta layanan yang adil terhadap bangsa lain di Malaysia.

IMG-20190426-WA0029Akibatnya, kepuasan awam dalam pengurusan kerajaan terhadap ekonomi telah jatuh daripada 60 peratus pada bulan Ogos 2018 kepada 40 peratus pada bulan Mac 2019, menurut kaji selidik Merdeka Centre itu.

Kaji selidik itu membabitkan 1.204 pengundi berusia 21 tahun ke atas.

Ia membabitkan pengundi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak di 14 negeri merentasi 222 Parlimen.

Menurut Merdeka Centre, kaji selidik itu mendapati ekonomi masih menjadi kebimbangan 63 peratus responden, konsisten seperti kaji selidik yang dijalankan sebelum ini.

Kebanyakan responden bimbang, kenaikan kos sara hidup/inflasi (54 peratus) manakala kebimbangan mengenai isu-isu perkauman seperti pemeliharaan hak-hak Melayu dan kesaksmaan dalam lain- lain 23 peratus.

research

Ia diikuti dengan isu-isu berkaitan perkauman seperti isu penempatan Kuil Hindu USJ dan perdebatan mengenai ratifikasi ICERD.

 

Kebimbangan tentang rasuah menyusut daripada 33 peratus kepada 23 peratus pada Ogos 2018.

Bagaimanapun, kaji selidik itu mendapati 67 peratus pengundi bersetuju kerajaan perlu diberi masa untuk menunaikan janji pilihan raya.

Kaji selidik itu menampakkan majoriti pengundi Melayu lebih kritikal terhadap kerajaan baharu. – MalaysiaGazette