LOS ANGELES – Filem Avengers: Endgame terus mencetuskan fenomena apabila memperoleh kutipan AS$60 juta pada tayangan perdana Khamis lalu di Amerika Utara.

Filem pecah panggung itu berjaya mengatasi pemegang rekod sebelum ini, filem Star Wars: The Force Awakens.

Filem tersebut hanya mengutip AS$57 juta daripada tayangan perdana pada 2015.

Sementara itu pada tayangan di antarabangsa, Walt Disney Co. memaklumkan, Avengers: Endgame mencatat kutipan AS$305 juta dengan lebih separuh daripada kutipan itu datang dari China sehingga semalam. – MalaysiaGazette