Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bersama Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar berkenan bergambar kenangan sebelum melepaskan peserta pendaki Gunung Pine Tree sempena Sambutan Meraikan 100 Tahun Bukit Fraser, Pahang. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 28 APRIL 2019

RAUB – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan melepaskan peserta Pendakian Gunung Pine Tree sempena Sambutan Meraikan 100 Tahun Bukit Fraser di Pahang hari ini.

Turut hadir ialah Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar.

MGF28042019_PINE TREE BUKIT FRASER_02
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah diiringi Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar (kanan) berkenan menyerahkan bendera gimik pelepasan kepada Ketua Peserta Pendaki Gunung Pine Tree sempena Sambutan Meraikan 100 Tahun Bukit Fraser, Pahang. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 28 APRIL 2019

Pendakian Gunung Pine Tree itu melibatkan kira-kira 100 peserta melibatkan mereka dalam kalangan kakitangan agensi kerajaan, pengamal media dan badan bukan kerajaan (NGO).

Selain itu turut diadakan Fraser Hills International Bird Race 2019 yang akan berlangsung selama dua hari pada 22 dan 23 Jun depan.-MalaysiaGazette