Donald Trump. foto Agensi

WASHINGTON (Reuters) – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberi tekanan kepada Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe untuk menghasilkan lebih banyak kenderaan jenama Jepun di Amerika Syarikat, kata dokumen yang dicatat semasa pertemuan kedua-dua pemimpin itu baru-baru ini.

Trump bertemu Abe di Pejabat Oval, White House pada 26 April lalu.

Kedua-dua pemimpin itu berbincang mengenai pengumuman pembuat kereta Jepun termasuk Toyota Motor Corp untuk membuat lebih banyak pelaburan di kilang-kilang mereka di AS.

Trump meminta pembuat-pembuat kereta Jepun untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan di AS dengan mengancam untuk mengenakan tarif sehingga 25 peratus kepada kenderaan import atas dasar keselamatan nasional.

“Kami bercakap mengenai keperluan untuk melihat lebih banyak progres di dalam rancangan tersebut tetapi saya rasa presiden amat positif yang kita akan dapat melihat pergerakan kerana semua ekonomi menyokongnya,” kata Duta William Hagerty.

Katanya, tidak mustahil AS dan Jepun dapat memetarai perjanjian perdagangan dua hala baharu semasa beliau melawat Tokyo Mei ini namun beliau dan Abe menyatakan beberapa perbezaan pendapat dalam hubungan perdagangan.

“Kami mahu memastikan AS dan Jepun memeterai perjanjian yang mempunyai perjanjian-perjanjian yang tidak memberi kekurangan kepada pihak lain.” Kata Hagerty.

Katanya, Trump juga merancang untuk menghadiri sidang menghadiri sidang kemuncak G20 di Osaka Jun nanti.

Trump dalam satu kempennya di Wisconsin Sabtu lalu mengumumkan, Abe berkata, Jepun akan melabur AS$40 bilion dalam kilang-kilang kereta di AS, beliau bagaimanapun tidak memberitahu perincian tempoh masa rancangan pelaburan tersebut.

Bulan lepas, Toyota berkata, ia mungkin mampu menunaikan ikrar yang diumumkan pada 2017 untuk melabur AS$10 bilion dalam tempoh 10 tahun dengan komitmen baharu mencecah hampir AS$13 bilion dalam tempoh tersebut.- Agensi