Sergio Aguero

LONDON – Pep Guardiola memberi pengiktirafan kepada Aguero sebagai ‘legenda’ selepas penyerangnya itu menjadi pemain pertama sejak Thierry Henry meledak 20 gol dalam lima kempen Liga Perdana Inggeris berturut-turut, lapor The Mirror.

Aguero menjaringkan gol pada minit ke-63 bagi mengesahkan kemenangan 1-0 Manchester City ke atas Burnley di Turf Moor, semalam sekali gus membawa penyandang juara Inggeris itu kembali ke puncak liga.

Kemenangan ke-12 berturut-turut City dalam saingan liga itu menyaksikan mereka mengumpul 92 mata dan memiliki kelebihan satu mata di depan pencabar terdekat, Liverpool dengan kedua-dua kelab mempunyai baki dua perlawanan musim ini.

Sepanjang lapan tahun di City, Aguero sudah menjaringkan 230 gol menjadikannya penjaring gol terbanyak dalam sejarah kelab dan penyerang Argentina itu memainkan peranan penting dalam tiga kejuaraan yang dimiliki kelab itu.

City kini kekal di landasan untuk menamatkan saingan peringkat domestik musim ini dengan tiga kejuaraan dan selepas memenangi Piala Liga pada Februari lalui, mereka akan kembali ke Wembley bagi aksi final Piala FA menentang Watford pada 18 Mei ini.

Sedar kegagalan menewaskan Burnely akan memberikan Liverpool manfaat, Guardiola mengakui gembira dengan kesepakatan skuad kendaliannya yang kehilangan dua tonggak tengah Fernandinho dan Kevin de Bruyne.

City masih memiliki dua baki perlawanan dan perlu memenanginya untuk bergelar juara kerana hanya memilki satu mata di depan Liverpol. – MalaysiaGazette