Bandar Jakarta yang sentiasa sibuk dan sesak

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo membuat keputusan untuk memindahkan ibu negara ekonomi terbesar Asia Tenggara itu keluar dari Jakarta yang semakin sesak.

Menteri Perancangan, Pembangunan Kebangsaan, Bambang Brodjonegoro berkata, Jokowi memilih untuk memindahkan ibu negara Indonesia itu keluar daripada kepulauan Jawa.

“Ini merupakan satu keputusan penting,” katanya semasa sidang media selepas mesyuarat kabinet.

Menurut Bambang, pemindahan ibu negara daripada Jakarta yang terletak di barat daya Jawa itu mungkin akan mengambil masa sehingga 10 tahun katanya sambil menamakan negara-negara yang telah mengambil langkah sedemikian termasuk Malaysia, Myanmar, Brazil dan Kazakhstan.

Jakarta sahaja mempunyai kira-kira 10 juta penduduk.

Kepulauan Jawa merupakan pulau keempat terbesar di Indonesia tetapi menempatkan lebih 140 juta manusia, lebih daripada separuh penduduk Indonesia.-MalaysiaGazette