Pemain PKNS FC, Akram Mahinan (kiri) cuba merampas bola dari pemain Kuala Lumpur, Azmi Muslim pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan PKNS FC menentang Kuala Lumpur di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 27 APRIL 2019

SHAH ALAM – Kemenangan anak buah Datuk K Rajagobal 3-2 menamatkan rentak tanpa kalah dilakar skuad The Hawks dalam empat perlawanan liga sebelum ini sekali gus menyaksikan Kuala Lumpur kekal di zon penyingkiran selepas berakhirnya pusingan pertama Liga Super pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam

Pada aksi terbabit, Kuala Lumpur tergamam apabila dibolosi seawal 25 saat selepas Romel Morales yang tidak dikawal melepaskan rembatan deras daripada luar kotak penalti menewaskan Mohd Faridzuean Kamaruddin untuk gol pertama tuan rumah.

Bagaimanapun, asakan bertali arus Kuala Lumpur seakan tidak bermakna apabila PKNS FC beroleh gol kedua, menerusi tandukan Kpah Sherman yang menyudahkan hantaran lintang R Surendran pada minit ke-31.

Penyerang veteran, Indra Putra Mahayuddin memastikan Kuala Lumpur tidak ketinggalan jauh apabila jaringan melencongnya menewaskan penjaga gol PKNS FC, Mohd Zarif Irfan Hashimuddin sekali gus mengurangkan defisit ketika babak pertama berbaki empat minit.

Bersambung babak kedua, hasrat PKNS FC untuk kembali mendahului dengan dua gol dikecewakan selepas percubaan Alif Haikal Mohd Sabri terkena tiang pada minit ke-53 ketika Kuala Lumpur tampak lebih menguasai permainan untuk memburu gol penyamaan.

Sherman kembali meletakkan PKNS FC berkelebihan dua gol apabila menghasilkan gol kedua peribadinya yang juga gol ketiga buat tuan rumah apabila menewaskan Mohd Faridzuean menerusi satu gelecekan sebelum meledak gol ke dalam gawang kosong pada minit ke-78.

Kuala Lumpur nyata enggan berputus asa apabila Guilherme de Paula kembali merapatkan kedudukan pada minit ke-81 namun mereka buntu mencari gol ketiga seterusnya membolehkan PKNS FC menarik nafas lega selepas wisel penamat dibunyikan.

MGF27042019_LIGA SUPER MALAYSIA PKNS FC VS KLFA06
Pemain PKNS FC, Chan Vathanaka (kiri) diasak pemain Kuala Lumpur, Fitri Omar pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan PKNS FC menentang Kuala Lumpur di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 27 APRIL 2019
MGF27042019_LIGA SUPER MALAYSIA PKNS FC VS KLFA08
Penjaga gawang Kuala Lumpur, Faridzuen Kamaruddin gagal menyelamatkan bola hasil percubaan daripada pemain PKNS FC, Kpah Sean Sherman pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan PKNS FC menentang Kuala Lumpur di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 27 APRIL 2019
MGF27042019_LIGA SUPER MALAYSIA PKNS FC VS KLFA14
Pemain PKNS FC, Chan Vathanaka mengawal bola melepasi pemain Kuala Lumpur pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan PKNS FC menentang Kuala Lumpur di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 27 APRIL 2019
MGF27042019_LIGA SUPER MALAYSIA PKNS FC VS KLFA02
Pasukan PKNS FC bergambar sebelum memulakan perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan PKNS FC menentang Kuala Lumpur di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 27 APRIL 2019
MGF27042019_LIGA SUPER MALAYSIA PKNS FC VS KLFA01
Pasukan Kuala Lumpur bergambar sebelum memulakan perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan PKNS FC menentang Kuala Lumpur di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 27 APRIL 2019