John Ring. foto Agensi

CUBA – Komander yang bertanggungjawab ke atas penjara tentera di Teluk Guantanamo telah dikeluarkan daripada penjara itu, tujuh minggu sebelum perkhidmatannya tamat.

John Ring ‘dipecat’ disebabkan ‘hilang keyakinan terhadap kemampuannya untuk mentadbir’.

Ring akan ditempatkan di penjara lain.

Tempatnya akan digantikan dengan Brigadier Jeneral, John Hussey.

“Perubahan dalam kepimpinan ini tidak akan mengganggu keselamatan, kemanusiaan, hak perundangan dan tahanan yang diberikan kepada populasi banduan,” katanya dalam satu kenyataan.

Setakat ini, tiada butiran lanjut mengenai sebab-sebab di sebalik penyingkiran Ring. – MalaysiaGazette