Bhavan Jaipragas

KUALA LUMPUR – Koresponden South China Morning Post (SCMP) Asia menyindir kenyataan Datuk Seri Najib Razak.

Namun Bhavan Jaipragas dalam kenyataan di media sosialnya mahu bekas perdana menteri itu membaca artikel SCMP dalam konteks keseluruhan.

Menurutnya, tujuan artikel itu untuk pembaca SCMP menunjukkan pelbagai halangan yang dihadapi kerajaan baharu mengiplementasikan pembaharuan.

“Dengan kata lain, saya gembira kamu mendapatinya bermaklumat. Hanya tahun lalu semasa pilihan raya dan isu yang berlaku kepada Paul Stadlen, kerajaan kamu menuduh SCMP ‘menjaja’ berita palsu,” kata Bhavan yang turut tag bekas pegawai khas Najib, Isham Jalil.

Sebelum itu, Najib dalam hantaran media sosialnya menganggap SCMP sudah jemu dengan kerajaan PH.

“Mereka pun tanya jika PH mampu menguruskan ekonomi Malaysia dengan baik tanpa selalu memberi alasan ‘salah Najib’ ataupun ‘salah 1MDB’,” tulis Najib.

Beliau juga memuatnaik berita portal berkenaan bertajuk Can mahathir run Malaysia’s economy withaout blaming 1MDB mess?.-MalaysiaGazette