KUALA LUMPUR – Kira-kira 200 orang berarak ke Dataran Merdeka sebagai simbolik gesaan kepada kerajaan menaikkan gaji minimum kepada RM1,500.

Himpunan yang dianjurkan pada cuti umum sempena Hari Pekerja oleh beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) itu mendesak kerajaan menunaikan janji sebelum pilihan raya yang lalu.

Peserta perhimpunan itu memegang poster dan melaungkan tema “Naikkan gaji, kurangkan diskriminasi”.

Penyelaras perhimpunan itu, Nalini Murugiah dipetik sebagai berkata, gaji minimum sepatutnya dinaikkan kerana bayaran terkini iaitu RM1,100 adalah rendah dan tidak berpadanan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Perhimpunan itu turut membuat 22 tuntutan termasuk hak pelindungan pekerja asing, golongan kelainan upaya dan wanita.

Ahli Jawatankuasa Parti Sosialis Malaysia, Sarasvathy Muthu pula menggesa kerajaan melaksanakan gaji minimum yang dijanjikan secepat mungkin.

“Jurang antara golongan miskin dan kaya semakin besar, tetapi gaji minimum tidak berubah,” kata beliau. -MalaysiaGazette

1 Komen

  1. pandai sangat berjanji. padahal yang bayar gaji bukan orang yng berjanji. kalau kaki tangankerajaan bolih lah.

Comments are closed.