Cawangan Merchantrade di Pavilion.

KUALA LUMPUR – Merchantrade Asia Sdn Bhd (Merchantrade), jenama syarikat pertukaran mata wang terbesar Malaysia menjalin kerjasama dengan BonusLink dalam kempen yang menawarkan lebih daripada 200,000 mata BonusLink kepada pelanggannya apabila mereka melakukan pertukaran mata wang.

Bermula hari ini, Merchantrade menawarkan mata BonusLink untuk sebarang pertukaran mata wang asing di 85 cawangannya di seluruh negara.

Bagi melayakkan pelanggan Merchantrade menyertai kempen yang menawarkan 200,000 mata BonusLink ini, mereka hanya perlu menukar mata wang dengan nilai minimum RM500 kepada mana-mana mata wang asing.

Kerjasama di antara kedua-dua buah syarikat bermula apabila Merchantrade melancarkan kempen dari 1 Mei hingga 30 Jun, dengan pemberian ganjaran kepada 1000 pelanggan terawal yang melakukan pertukaran mata wang sebanyak RM2,000 atau lebih dengan tambahan 150 mata ke atas mata sedia ada yang ditawarkan.

“Kami sekali lagi bekerjasama dengan BonusLink untuk memperluaskan nilai perkhidmatan cawangan kami yang dinikmati oleh pelanggan digital kami sekarang ini.

“Kerjasama ini akan memberi manfaat kepada pelanggan dari semua lapisan masyarakat untuk menikmati nilai yang kami tawarkan menerusi eForex (pertukaran wang dalam talian) dan eRemit (pemindahan wang dalam talian),” kata Pengasas dan Pengarah Urusan Merchantrade, Ramasamy K Veeran.

Sejarah kerjasama antara Merchantrade dan BonusLink sudah menjangkau tempoh tiga tahun bermula dengan platform pertukaran wang dalam talian, eForex dan seterusnya eRemit (pemindahan wang dalam talian) yang menjadi kemuncak kepada perluasan liputan cawangannya di seluruh negara. – MalaysiaGazette