SINGAPURA – Harga minyak susut selepas laporan menunjukkan kenaikan dalam inventori minyak mentah Amerika Syarikat, meskipun pasaran kekal mengalami tekanan dalam krisis politik di Venezuela dan sekatan ke atas minyak Iran serta pengekalan pengurangan bekalan oleh OPEC.

Kontrak hadapan Brent didagangkan pada AS$71.65 setong, susut 0.6 peratus berbanding harga penutup.

Manakala minyak West Texas Intermediate (WTI) jatuh 0.8 percent diniagakan kepada $63.49 setong.

Stok minyak mentah Amerika Syarikat naik sebanyak 6.8 juta tong kepada 466.4 juta tong sehari kepada 26 April, menurut Institut Petroleum Amerika (API).

“Harga minyak turun selepas API mengumumkan inventori naik 6.8 juta tong berbanding 3.1 juta tong minggu lalu,” kata penganalisis pasaran Onanda, Edward Moya. – MalaysiaGazette