Gambar hiasan

NEW DELHI – Kumpulan nasionalis Hindu India yang bersekutu dengan Perdana Menteri mahu Narendra Modi mengharamkan pemakaian niqab seperti mana yang dilakukan oleh Sri Lanka.

Sri Lanka telah melarang pemakaian menutup muka dalam kalangan wanita Islam susulan serangan pengebom berani mati di negara itu yang mengakibatkan 250 orang terbunuh.

“Kami menyambut baik keputusan itu dan menuntut Modi mengikuti langkah Sri Lanka dan mengharamkan burqa dan niqab di India,” kata parti Sena Shiv melalui Editorial Saamana.

Burqa adalah pakaian longgar yang dipakai oleh wanita Islam apabila berada di luar manakala niqab pula adalah kain yang menutup sebahagian muka kecuali mata.

Kumpulan pendesak itu berkata, burqa tidak ada kena mengena dengan Islam dan Muslim India yang memakainya hanya mengikuti tradisi dunia Arab yang memakainya untuk melindungi diri daripada matahari.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin Islam berkata, pengharaman pemakaian burqa merupakan serangan kepada kebebasan awam dan mendakwa isu itu sengaja ditimbulkan kerana India Hindu merupakan pengundi majoriti dalam pilihan raya negara ini.

India akan mengadakan pilihan raya pada bulan ini.

Penduduk Muslim India hanya mewakili 14 peratus daripada populasi India seramai 1.3 bilion. – MalaysiaGazette