TERKINI : YDP Agong Lepaskan 100 Peserta Pendaki, Tawan Gunung Pine Tree

RAUB – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan melepaskan peserta Pendakian Gunung Pine Tree sempena Sambutan Meraikan 100 Tahun Bukit Fraser di Pahang.

Turut hadir ialah Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar.

Pendakian Gunung Pine Tree itu melibatkan kira-kira 100 peserta melibatkan mereka dalam kalangan kakitangan agensi kerajaan, pengamal media dan badan bukan kerajaan (NGO).

Selain itu turut diadakan Fraser Hills International Bird Race 2019 yang akan berlangsung selama dua hari pada 22 dan 23 Jun depan