Mohd Fakhri atau lebih dikenali Pakey sedang membuat grafiti pada waktu malam di luar bangunan Balai Seni Negara semperna The Wall Exhibition di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur. foto MUHAMMAD ZULHAIRI, 01 MEI 2019

Seni Grafiti merupakan salah satu seni yang dipamerkan di dinding-dinding bagunan di mana kebanyakannya dapat dilihat di kawasan perbandaran pada masa kini.

Seni Grafiti kini mempunyai nilai yang tersendiri. Ini kerana sesuatu hasil seni tersebut mempunyai makna atau pengisian tentang sesuatu watak, pandangan, nilai moral, budaya dan sebagainya.

Mohd Fakhri Mohd Salleh seorang artis Grafiti Malaysia atau lebih popular dengan panggilan ‘pakey’ yang telah membawa nama negara ke Dubai, Jerman dan Belgium.

“Saya tidak bersetuju orang yang beranggapan yang seni grafiti itu adalah diaggap vandalisme dan datangnya dari budaya hiphop. Akan tetapi, Grafiti ini mempunyai nilai seni yang tersendiri kerana mereka bukan dalam “culture” ini.

Vandalisme lebih kepada contengan di dalam tandas, di dinding yang tidak mempunyai nilai seni dan memburukan lagi pandangan. Antaranya contengan nombor telefon, perkataan-perkataan atau lukisan yang bersifat lucah, lucu, provokasi, dan penuh penghinaan.

Seni Grafiti ini sama seperti seni lain, ia memerlukan ilmu pengetahuan supaya ia tidak disalah ertikan dengan penghasilan karya grafiti itu sendiri. Dengan itu, barulah boleh dapatkan hasil seni yang cantik dan berkualiti, sepuaya masyaratkat tidak menganggap budaya grafiti itu satu vandalisme.

Kini Seni Grafiti ini mendapat tempat di Malaysia dan Balai Seni Negara turut membuka peluang kepada pengkarya seni garfiti dapat mempamerkan hasil karya mereka dengan mengadakan pameran Seni Grafiti ‘The Wall’ di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur.