Gavin Williamson. foto Agensi

LONDON – Gavin Williamson telah dipecat sebagai Setiausaha Kementerian susulan kebocoran maklumat daripada pegawai tertinggi Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara.

Downing Street berkata, Perdana Menteri telah “hilang keyakinan terhadap keupayaannya untuk berkhidmat” dan Penny Mordaunt akan mengambil peranan itu.

Siasatan itu menyusuli laporan mengenai rancangan untuk membolehkan akses terhad Huawei bagi membantu membina rangkaian 5G baharu United Kingdom.

Williamson, yang telah menjadi setiausaha pertahanan sejak 2017, menafikan dakwaan tersebut.

Dalam pertemuan dengan Williamson pada petang Rabu, Theresa May memberitahunya, beliau mempunyai maklumat yang memberi “bukti yang kuat” bahawa setiausaha pertahanan itu bertanggungjawab terhadap pendedahan yang tidak dibenarkan.

Dalam surat yang mengesahkan pemecatannya, Williamson berkata: “Tidak ada versi lain yang boleh dipercayai untuk menjelaskan kebocoran ini telah dikenalpasti.”

Menjawab surat kepada May, Williamson berkata, beliau yakin siasatan menyeluruh dan formal akan membuktikan kedudukannya.

“Saya menghargai anda menawarkan saya pilihan untuk meletak jawatan, tetapi untuk meletak jawatan adalah untuk menerima bahawa saya, kakitangan awam, penasihat tentera saya atau kakitangan saya bertanggungjawab: ia tidak berlaku,” katanya.

Siasatan ke atas kebocoran mesyuaray Majlis Keselamatan Negara bermula selepas Daily Telegraph melaporkan mengenai keputusan Huawei dan amaran berikutnya dalam kalangan Kabinet tentang kemungkinan risiko dalam keselamatan negara dalam menangani perjanjian dengan Huawei.

Editorial BBC Laura Kuenssberg berkata, sumber yang rapat dengan bekas setiausaha pertahanan itu telah memberitahunya bahawa Williamson telah bertemu dengan Timbalan Editor Politik Daily Telegraph, Steven Swinford, tetapi, dia berkata “secara mutlak tidak membuktikan” Williamson membocorkan cerita kepadanya.

Menurut wakil Sky News, Alistair Bunkall, Williamson telah bersumpah atas kehidupan anak-anaknya bahawa beliau tidak membocorkan maklumat tersebut.

Namun, wartawan keselamatan Frank Gardner mengatakan bahawa BBC telah diberitahu “lebih daripada satu isu” telah ditemui berhubung penglibatan Williamson semasa siasatan kebocoran dibuat dan bukan hanya mengenai perbualan Huawei. – MalaysiaGazette