Kerosakan pada tombol pelocok pembancuh kopi Starbucks telah menyebabkan kecederaan.

SEATTLE – Starbucks Corp menarik semula kira-kira 263,000 biji teko pembancuh kopi yang dijualnya.

Teko berkenaan dihasilkan dengan kerjasama Bodum, ditarik semula selepas rangkaian kedai kopi terbesar dunia itu menerima laporan mengatakan bekas tersebut pecah, kata Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna.

Starbucks menerima lapan laporan di Amerika Syarikat dan satu  dari Kanada mengenai kerosakan pada tombol pemegang teko tersebut hingga mengakibatkan kecederaan.

Pembancuh kopi yang diperbuat daripada bahan terbuang itu dijual di kafe-kafe Starbucks pada harga kira-kira AS$20 setiap satu. – MalaysiaGazette