Gelongsor sepanjang 235 meter di The Children's Yard. yang meragut dua nyawa, foto Agensi

CHENGDU – Dua maut dan 12 orang lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan di sebuah taman tema di wilayah Sichuan, China.

Kejadian itu berlaku Rabu lalu semasa cuti Hari Pekerja.

Nahas itu dikatakan selepas lapan orang dewasa dan enam kanak-kanak jatuh dari papan gelongsor di The Children’s Yard.

Taman tema itu mempunyai 32 permainan papan gelongsor dan kejadian itu membabitkan papan gelongsor paling lama di dunia, sepanjang 235 meter.

Susulan kejadian itu taman tema berkenaan telah ditutup sementara kepada orang ramai.

Taman hiburan adalah lokasi popular dalam kalangan keluarga meskipun mempunyai sejarah kemalangan lampau.

Punca kejadian sedang disiasat.

Seorang wanita yang berada di taman itu semasa kemalangan berlaku berkata, ia beranggapan tempat itu terlebih kapasiti.

“Saya berada di jambatan gantung dan melihat empat atau lima pelampung dengan orang di atasnya saling bertimpa dan menggelongsor.

“Mereka menjerit. Saya tidak pasti sama ada mereka ketakutan atau gembira, tetapi beberapa saat selepas itu mereka terjunam dari gelongsor,” katanya.

Tambah wanita itu, kejadian tersebut berlaku semasa hari hujan dan beranggapan keadaan gelongsor yang licin menyebabkan pergerakan gelongsor lebih laju daripada biasa. – MalaysiaGazette