Bung Moktar
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin hadir untuk didakwa atas pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur.foto NOOREEZA HASHIM, 03 MEI 2019.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Bung Moktar Radin mengaku tidak bersalah di atas tiga pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Jenayah di sini hari ini.

Ahli Parlimen Kinabatangan memohon kepada Hakim, Rozina Ayob agar kesnya itu dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mahkamah menetapkan 10 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kesnya dan beliau dibebas tanpa dilepas dengan jaminan sebanyak RM100, 000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut mengkehendaki Bung Moktar menyerahkan pasport antarabangsanya dengan tidak membenarkan beliau melakukan sebarang perjalanan ke luar negara. – MalaysiaGazette