WASHINGTON – Amerika Syarikat memaksa Iran untuk berhenti menghasilkan uranium dan mengembangkan satu-satunya loji kuasa nuklearnya.

Kempen itu memperhebatkan supaya Tehran menghentikan program senjata balistik dan membanteras kuasa wilayahnya.

Pada masa yang sama, Setiausaha Negara, Mike Pompeo memperbaharui pengecualian sekatan Amerika Syarikat yang membolehkan Rusia, China dan negara-negara Eropah meneruskan program kerjasama yang diwujudkan untuk menangani Iran daripada mengaktifkan semula senjata senjata nuklear.

Tetapi, Jabatan Negara berkata, pengecualian yang boleh diperbaharui hanya akan diberikan selama 90 hari, tempoh yang lebih pendek daripada sebelumnya.

Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha Trump untuk mengenakan pengasingan politik dan ekonomi antarabangsa ke atas Tehran yang bermula pada Mei 2018 dengan menarik balik perjanjian nuklear yang dirundingkan dengan Iran oleh Amerika Syarikat dan kuasa dunia lain.

Ia merupakan tindakan punitif ketiga yang dilakukan terhadap Iran dalam beberapa minggu.

Minggu lalu, As menarik balik pengecualian sekatan bagi negara-negara yang membeli minyak Iran, mempercepatkan rancangannya untuk meletakkan eksport minyak Iran kepada sifar.

Pentadbiran Trump juga mengambil langkah yang tidak pernah berlaku sebelum ini dengan isytihar Pasukan Pengawal Revolusi Elit Iran sebagai organisasi pengganas asing.

Tindakan Amerika Syarikat yang diumumkan pada hari Jumaat lalu termasuk pengakhiran pengecualian sekatan, membolehkan Iran mengelakkan daripada had 300 kg bagi jumlah uranium yang diperkaya rendah yang dapat disimpan di bawah perjanjian nuklear di kemudahan nuklear utama Natanz.

Tindakan itu, kata jurucakap Jabatan Negara, Morgan Ortagus, dalam satu kenyataan, bertujuan memaksa Iran untuk menamatkan pengeluaran uranium, permintaan yang ditolak oleh Iran berulang kali.

“Iran mesti menghentikan semua aktiviti yang sensitif, termasuk menghasilkan uranium, dan kami tidak akan menerima tindakan yang menyokong kesinambungan penghasilan tersebutitu,” kata Ortagus.

Sehingga kini, Iran dibenarkan menghantar uranium yang diperkaya rendah yang dihasilkan di Natanz ke Rusia sebelum mencapai had 300 kg, kata David Albright dari Institut Sains dan Keselamatan Antarabangsa.

Bermula pada hari Sabtu, Ortagus berkata, Amerika Syarikat juga boleh menggunakan sekatan untuk menyekat sebarang bantuan kepada Iran untuk mengembangkan Loji Tenaga Nuklear Bushehr, satu-satunya kemudahan sedemikian di negara ini.

Loji itu kini mempunyai satu reaktor yang dibina di Rusia, yang mula beroperasi pada tahun 2011, dan Iran merancang untuk memperluaskan kemudahan itu.

Moscow menandatangani perjanjian dengan Teheran pada 2014 untuk membina lapan lagi reaktor di negara ini.

Ortagus berkata, Amerika Syarikat tidak akan lagi mengecualikan sekatan yang membenarkan Iran menghantar kapal ke Oman untuk menyimpan air berat yang dihasilkan di kemudahan Arak melebihi had 300 tan yang ditetapkan dalam perjanjian nuklear 2015.

Air berat boleh digunakan dalam reaktor untuk menghasilkan plutonium, bahan api yang digunakan dalam peledak nuklear. – MalaysiaGazette