KUALA LUMPUR – Pelakon, Rita Rudaini bakal menganjurkan sebuah kejohanan iaitu RR Junior Cup 2019 pada 20 dan 21 Julai ini di Eco Ardence Football Arena, Setia Alam, Selangor.

Menurut beliau, pertandingan itu dibahagikan kepada tiga kategori iaitu bawah 12 tahun, 10 tahun dan lapan.

Katanya, tarikh tutup penyertaan kejohanan itu pada 30 Jun ini yang menyaksikan juara bakal membawa pulang RM1,000 berserta medal dan trofi, tempat kedua RM700 berserta medal dan tempat ketiga RM500 berserta medal.

“Ia adalah pertandingan kedua anjuran RR Cougars FC selepas kali pertama Oktober pada tahun lalu.

“Misi saya untuk melahirkan golongan pelapis sekali gus memartabatkan lagi sukan bola sepak tanah air,” katanya pada sidang media baru-baru ini.

Sejak tahun lalu, Rita menubuhkan kelab bola sepak RR Cougars FC sejak bagi memenuhi minat dan hobi kedua-dua anak lelakinya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8.

Penubuhan kelab tersebut itu menjadikan pelakon berkenaan sebagai artis wanita pertama di Malaysia yang menubuhkan kelab bola sepak.

Sehingga ini ahli kelab RR Cougars FC mencecah lebih 30 orang daripada usia 5 hingga 10 tahun.

Menurut Rita, dia telah sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk menubuhkan kelab berkenaan pada peringkat awal penubuhan.

Jelasnya, dia turut mengambil jurulatih profesional khusus untuk melatih ahli-ahli kelab untuk menyertai pertandingan bola sepak.

“Saya menjemput mana-mana jenama sukan, syarikat bukan kerajaan dan orang perseorangan bagi berkolaborasi dengannya untuk menjayakan pertandingan itu nanti,” katanya.

Sementara itu, maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh berhubung terus dengan Coach Hazra ditalian 012-968 9275. – MalaysiaGazette