musim memalukan untuk manchester United selepas seri dalam aksi EPL malam tadi

MANCHESTER – Manchester United mempamerkan prestasi yang memalukan dalam kancah Liga Perdana Inggeris 2018-19.

Pada perlawanan menentang Huddersfield malam tadi, skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer gagal mengisi slot ke kempen Liga Juara Juara Eropah musim hadapan.

Pasukan pelawat yang dibarisi beberapa pemain berstatus bintang sekadar seri 1-1, sekali gus gagal meletakkan diri dalam empat pasukan teratas liga untuk layak beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Scott McTominay bintang muda meletakkan United di hadapan seawal minit ke-8.

Bagaimanapun tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua menerusi Isaac Mbenza.

Paul Pogba dan Marcus Rashford gagal memanfaatkan beberapa peluang mejaringkan gol walaupun United menguasai permainan.

Huddersfield bergelut dalam liga sepanjang musim ini namun apa yang memalukan, the Red Devils gagal mencipta kemenangan ketika bertemu pasukan itu musim ini. – MalaysiaGazette