KUALA LUMPUR – Hampir separuh daripada 20 syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan membayar gaji Ketua Pegawai Eksekutif tertinggi adalah dalam kalangan syarikat yang dikuasai oleh keluarga.

Tiga syarikat yang membayar gaji tertinggi kepada ketua pegawai eksekutif ialah Genting Berhad, Genting Malaysia Berhad dan Sapura Energy Berhad, menurut Laporan Pemantau Tadbir Urus 2019 yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Kajian itu membabitkan 100 syarikat teratas dalam Pasaran Utama Bursa Malaysia berdasarkan modal pasaran setakat 31 Disember 2018.

Namun, kajian yang dikeluarkan oleh SC itu hanya mendedahkan 84 entiti dengan 25 daripadanya dikawal oleh keluarga, 28 syarikat milik kerajaan dan bakinya syarikat tersenarai.

Kajian tersebut membabitkan dua kategori iaitu syarikat yang mempunyai modal pasaran melebihi atau kurang daripada RM400 bilion dan CEO yang dibayar lebih atau kurang RM10 juta pada tahun lalu.

Menurut laporkan itu, sebanyak 76.74 peratus atau 64 daripada 84 syarikat yang disenaraikan mempunyai modal pasaran di bawah RM40 bilion dengan CEO dibayar RM10 juta atau kurang.

Pecahannya adalah 17 syarikat milik keluarga, GLC (23) dan syarikat tersenarai yang lain (25).

Baki 19 buah syarikat lagi membabitkan syarikat dikuasai keluarga, GLC (5) dan syarikat tersenarai yang lain (6) adalah entiti yang memiliki modal pasaran lebih daripada RM40 bilion dengan CEO dibayar gaji kurang daripada RM10 juta adalah dalam kalangan GLC.

Manakala syarikat dengan modal pasaran kurang daripada RM40 bilion dan CEO memperoleh pendapatan lebih daripada RM10 bilion kebanyakannya dikawal oleh keluarga.

Sejumlah 81 peratus ganjaran CEO dari RM1 juta kepada RM7.98 juta membabitkan 13 sektor.

Median ganjaran CEO tertinggi adalah telekomunikasi dan media, diikuti perkhidmatan kewangan dan sektor utiliti.

Manakala median ganjaran CEO paling rendah dalah pelaburan dalam hartanah.

Malah, CEO yang mendapat ganjaran yang tinggi, entiti yang dikendalikan tidak  semestinya mempunyai pulangan ekuti atau pulangan aset yang besar. – MalaysiaGazette