KUALA LUMPUR – Nuren Group melancarkan “Anugerah Pilihan Ibu 2019” sebagai mengiktiraf jenama barangan bayi pilihan utama ibu bapa di negara ini.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Nuren Group, Petrina Goh berkata, kempen berkenaan bertujuan untuk memberi ganjaran dan meraikan pemain industri barangan bayi yang telah memberikan sumbangan positif kepada komuniti ibu.

Beliau yang juga penerajuy komuniti dan hab e-dagang, Motherhood.com.my menjelaskan, jenamanya mendapat perhatian dalam kalangan ibu bapa di negara ini.

“Untuk mempermudahkan carian produk dan perkhidmatan terbaik, kami melancarkan Motherhood Choice 100 di Motherhood.com.my di mana kami mempamerkan semua jenama ini.

“Usaha ini dalam mempromosikan jenama terbaik yang selaras dengan komitmen kerajaan untuk mengawal selia dan meningkatkan langkah keselamatan kanak-kanak.

“Oleh itu, hanya kualiti terbaik, produk yang paling selamat dan paling inovatif akan diserlahkan. Mereka juga akan menjadi juara untuk anugerah itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Anugerah Motherhood Choice Award ini akan dianugerahkan kepada jenama yang paling banyak menerima undian dari komuniti Motherhood dan ibu bapa di Malaysia.

Pencalonan untuk program anugerah bermula seawal Mac dan pemenang akan diumumkan Jun depan.

Program itu juga mendapat sokongan Nestle Malaysia.

Melalui pelancaran laman web Motherhood.com.my, ia juga akan membolehkan pemilik jenama dan pengedar diberikan kuasa untuk mewujudkan hab sehenti untuk mengurus kandungan, e-dagang dan komuniti mereka.

Motherhood.com.my turut mensasarkan untuk menggabungkan 30 jenama bagi melancarkan Laman Jenama Rasmi mereka menjelang akhir tahun 2019.

Selain itu Nuren Group turut menjalinkan kerjasama dengan Yayasan OrphanCare bagi program ParentCraft Motherhood.com.my dan Yayasan OrphanCare.

Bengkel ibu bapa yang diwujudkan oleh Motherhood adalah satu siri kelas untuk mendidik dan membimbing ibu-ibu dalam perjalanan penjagaan anak mereka.

Kelas-kelas yang dijalankan secara bulanan, menyasarkan seramai 150 orang ibu bapa baharu. – MalaysiaGazette