Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo mengadakan lawatan mengejut ke Iraq susulan peningkatan aktiviti oleh Iran.

BAGHDAD (Reuters) – Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo membuat lawatan mengejut ke Baghdad pada Selasa dan bertemu Perdana Menteri Iraq bersama beberapa pegawai kanan lain untuk membincangkan aspek keselamatan rakyat Amerika di Iraq.

Beliau turut mengutarakan kebimbangan mengenai isu keselamatan Amerika Syarikat susulan peningkatan aktiviti oleh Iran.

Lawatan tersebut dibuat dua hari selepas Penasihat Keselamatan Negara AS, John Bolton memberitahu, AS sedang menghantar kapal pembawa pesawatnya, USS Abraham Lincoln dan petugas khas pengebom ke wilayah berkenaan berikutan “ancaman oleh pasukan ketenteraan Iran”.

Kebimbangan mengenai ancaman oleh Iran hadir selepas Washington bertindak meningkatkan sekatan terhadap Tehran disebabkan oleh program nuklearnya dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

AS turut mengisytiharkan pasukan keselamatan elit Iran, Iranian Revolutionary Guard Corps sebagai sebuah kumpulan pengganas.- Reuters.