Abdul Farid Alias

SINGAPURA – ASEAN, yang dihuni oleh 600 juta penduduk, mempunyai potensi untuk mewujudkan sistem ekonominya sendiri, menggabungkan prinsip dan nilai komuniti dengan hak ekonomi dan kebebasan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malayan Banking Bhd (Maybank) Datuk Abdul Farid Alias berkata, kumpulan serantau itu dapat mewujudkan model baharu bagi kemampanan, yang boleh dan akan menjadi inspirasi kepada dunia.

“Bagi mencapainya, langkah terbaik untuk ASEAN ialah menyelaraskan pasaran modal dengan nilai-nilai ASEAN yang dikongsi bersama, supaya mereka membawa komuniti yang pelbagai di rantau ini ke hadapan sistem kewangan.

“Kenapa Apabila komuniti kita kukuh, ekonomi lebih berdaya tahan, dan justeru, lebih mampan,” katanya semasa menyampaikan ucaptama, “Doing Right in a Period of Uncertainty” pada Invest Asia 2019, selama dua hari di sini hari ini.

Pada masa ini, katanya, ia merupakan kuasa pasaran yang terdapat dalam pasaran modal yang terbuka, berhubung dan dapat diakses yang akan menjamin matlamat pembangunan mampan secara keseluruhannya, dan pada masa sama memastikan taraf hidup masyarakat dan kemakmuran ekonomi mereka terus meningkat.

Menurut Abdul Farid, sehingga hari ini, sebahagian besar penduduk Asia Tenggara masih tidak mempunyai akses kepada kemudahan perbankan asas, begitu juga akaun simpanan atau akses kepada kemudahan kredit.

“Hanya 27 peratus daripada penduduk di rantau ini mempunyai akaun bank, manakala, kira-kira 65 juta penduduk di ASEAN masih tidak mempunyai akses asas kepada elektrik dan air,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, celik kewangan dan kesedaran yang lebih tinggi, dengan akses yang lebih baik kepada modal dalam semua kumpulan pendapatan menjadi matlamat penting untuk mencapai sektor awam dan swasta membuka pulangan jangka panjang daripada pembangunan sosial yang mampan.

Menurut beliau, kuasa kebebasan ekonomi, yang diperkukuhkan oleh dasar ekonomi yang seimbang dan saksama, “akan memperkasakan masyarakat dan rakyat dengan peluang kepada inovasi, dan memelihara kesejahteraan mereka melalui persekitaran yang lebih bersih.”

Bagi Maybank, bank keempat terbesar di ASEAN, Abdul Farid percaya tempoh ketidaktentuan global pada masa ini merupakan peluang kepada negara-negara Asia untuk muncul sebagai peneraju dalam kemampanan, tanpa menjejaskan nilainya yang kukuh atau keupayaan untuk mencatat pulangan atau keuntungan yang mapan.

“Pelabur perlu diyakinkan bahawa pasaran modal yang lebih bebas dan lebih mudah diakses, lebih tinggi dan lebih mampan, tahap perlindungan alam sekitar.

“Semua orang akan mendapat manfaat daripada pasaran baharu, dan jenis produk kewangan baharu, peningkatan alam sekitar dan sosial yang kewangan mampan berusaha untuk mencapai pada tahun-tahun akan datang di ASEAN,” katanya.

Bertemakan “From Globalisation to Regionalisation: Sustainable Development in a Divided World”, persidangan selama dua hari itu mempamerkan 51 daripada syarikat yang paling boleh dilabur di rantau ini, daripada syarikat senaraian awam yang besar kepada permodalan sederhana dengan jumlah permodalan pasaran mencecah US$413 bilion.

Persidangan itu menarik lebih 1,000 delegasi dari rantau ini, menjadi tuan rumah kepada lebih 240 pengurus dana tempatan dan serantau dari Singapura, Malaysia, China, Hong Kong, Filipina, Thailand, United Kingdom dan Amerika Syarikat dengan jumlah anggaran aset di bawah pengurusan sebanyak US$11 trilion. – MalaysiaGazette