WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa China telah “melanggar perjanjian” dalam perbincangan perdagangan, sekali gus mengukuhkan dakwaan wujud ketegangan antara dua negara sebelum rundingan antara kedua-dua pihak diteruskan.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika Beijing mengatakan ia akan membalas dengan “tindakan penangguhan yang perlu” jika Amerika Syarikat menaikkan tarif terhadap produk China.

Trump telah berikrar untuk menaikkan tarif lebih dua kali ganda bagi barang-barangan China bernilai AS$ 200 bilion.

Meskipun begitu, kedua-dua pihak akan mengadakan perbincangan perdagangan di Amerika Syarikat pada hari Khamis.

“Mereka melanggar perjanjanjia…mereka tidak boleh berbuat demikian. Jadi mereka akan terima akibatnya,” kata Trump di Florida,

Kata Trump jika kedua-dua pihak tidak melakukan perjanjian, ia tidak salah dengan ‘mengambil’ lebih AS$100 bilion setahun.

Sebelum ini, kedua-dua negara seolah-olah semakin menghampiri untuk mencapai perjanjian.

Tetapi pada Ahad lalu, Trump berkata, Amerika Syarikat akan meningkatkan tarif bagi barangan China bernilai AS$200 bilion pada minggu ini.

Wakil Perdagangan Amerika Syarikat, Robert Lighthizer kemudian menuduh China berpatah semula terhadap komitmen dalam perbincangan perdagangan.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa perjanjian dengan Beijing masih boleh dilakukan.

Tarif adalah cukai yang dibayar oleh pengimport bagi barangan asing, jadi pelaksanaan 25 peratus tarif oleh Amerika Syarikat ke atas barangan China akan menyebabkan cukai tersebut ditanggung oleh syarilat-syarikat Amerika Syarikat.

Pertikaian itu telah menghantar ‘gelombang’ kepada pasaran-pasaran kewangan apabila pasaran global jatuh dengan ketara.

Indeks Hang Seng susut lebih daripada 2% hari ini manakala Shanghai Composite pula jatuh hampir 1.5%. – MalaysiaGazette