Van jenis Urvan.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak kecewa apabila 27 buah kereta mewah yang didakwa miliknya rupa-rupanya van.

Ia bermula apabila semalam portal The Edge merupakan media pertama yang ‘membongkar’ yang kerajaan PH telah memfailkan saman sivil untuk melucuthak hartanya.

Turut dilaporkan ialah gambaran bahawa sebanyak 29 akaun bank, 27 ‘kereta mewah’ serta sebuah rumah yang kononnya milik saya dan keluarga terlibat.

“Saya pun hairan semalam kerana tidak sangka kita pernah ada 27 kereta mewah dan 29 akaun bank.

“Persoalan ini terjawab apabila peguam memberitahu saya bahawa laporan The Edge adalah salah.

“Rupa-rupanya, akaun-akaun bank, hartanah dan kereta-kereta “mewah” itu bukan milik saya dan keluarga saya tetapi merujuk kepada pihak-pihak yang lain.

“Lebih hairan lagi ialah 27 buah ‘kereta mewah’ itu sebenarnya merujuk kepada 27 buah kereta jenis Nissan Urvan.

“Itupun dituduh milik saya dan itu pun mahu digelar sebagai kereta mewah?” soal Najib.

Bagaimanapun bekas perdana menteri faham ia merupakan propaganda dan penipuan Pakatan Harapan supaya rakyat boleh seronok seketika.- MalaysiaGazette