SINGAPURA – Royal Dutch Shell merancang untuk melakukan penyelenggaraan di media minyak di luar pesisir Sabah di timur Malaysia.

Kerja-kerja itu akan mengurangkan jumlah eksport bagi bulan Julai.

Menurut sumber, kerja-kerja itu dilakukan di medan minyak Gumusut-Kakap selama 27 hari.

“Ini akan mengurangkan eksport minyak mentah Kimanis, gred terbesar eksport Malaysia, kepada tiga kargo pada bulan Julai hingga awal Ogos, susut daripada lapan kargo pada bulan Jun,” katanya. – MalaysiaGazette