Mohamed Azmin Ali

PUTRAJAYA – Kerajaan optimistik Malaysia akan mencapai pertumbuhan kukuh 4.9 peratus pada tahun ini.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keyakinan itu berdasarkan statistik pelaburan langsung asing dan pelaburan langsung domestik yang positif.

“Ia menunjukkan tahap keyakinan sudah kembali ke dalam sistem dan kita patut dapat mengekalkan pertumbuhan yang disasarkan,” katanya ketika ditemui di sini.

Ditanya sama ada terdapat projek-projek mega yang akan dilaksanakan pada tahun ini, Azmin berkata, kerajaan sedang menyemak semua semua projek-projek berkenaan.

“Kita mahu menetapkan keutamaan yang betul kerana sebelum ini kerajaan tidak ada kapasiti untuk meneruskannya tetapi sekarang ekonomi sudah berada pada landasan.

“Dan, kita mampu untuk meneruskan dengan beberapa projek infrastruktur,” ujarnya yang memberitahu kementeriannya akan memperkenalkan inisiatif-inisiatif baharu. – MalaysiaGazette