KUALA LUMPUR – FGV Holdings Berhad (FGV) berjaya mengekalkan momentum penambahbaikan dalam pengeluaran hasil ladangnya pada bulan April 2019 berbanding tempoh sama tahun lalu hasil daripada pelan transformasi yang telah dilaksanakan sejak Oktober 2018.

Kumpulan ini menghasilkan sejumlah 382,548 MT tandan buah segar (BTS) daripada 23 wilayah berbanding 358,527 MT yang dihasilkan pada tempoh sama tahun 2018, peningkatan sebanyak 6.7%.

Pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) FGV juga meningkat sebanyak 11.6% kepada 267,436 MT berbanding to 239,662 MT, manakala pengeluaran isirung sawit juga naik 13.9% kepada 71,316 MT berbanding 62,623 MT pada tempoh sama tahun 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Haris Fadzillah Hassan yakin momentum ini akan berterusan sepanjang tahun, sekali gus membantu kumpulan ini mencatatkan keputusan yang lebih baik tahun ini. – MalaysiaGazette