Uber

WASHINGTON – Uber telah menetapkan harga untuk mengapung sahamnya di Bursa New York, yang dijangka apungan terbesar pada tahun ini.

Firma aplikasi teksi itu telah menetapkan harga sahamnya pada AS$45 (35 pound) sesaham.

Nilai transaksi Uber ialah sebanyak AS$82 bilion (63 bilion pound).

Uber akan mula menjual 180 juta sahamnya ketika dagangan bermula pada hari Jumaat.

Ia merupakan apungan saham tertinggi di Amerika Syarikat selepas Facebook pada tujuh tahun lalu, kata penganalisis.

Pengapungan pesainganya, Lyft berharga AS$72 sesaham apabila ia disenaraikan di New York Stock Exchange pada bulan Mac, tetapi harga sahamnya telah jatuh sebanyak satu pertiga sejak itu.

Uber mahu mengelakkan nasib yang sama, tapi firma itu setakat ini gagal untuk membuat keuntungan, dan memberi amaran bahawa ia mungkin tidak akan melakukannya.

Uber, yang bermula pada tahun 2009, baru-baru ini bernilai AS$ 76 bilion di pasaran swasta dan mahu meningkatkan nilainya kepada AS$120 bilion.

Pada tahun 2018, pendapatan Uber menyaksikan kenaikan sebanyak 24 peratus dan tempahan kasar sebanyak 37 peratus tetapi pelarasan kerugian disebabkan faedah cukai telah mencecah AS$1.8 bilion.

Untuk tiga bulan pertama tahun ini, pemandu-pemandu Uber melakukan 1.5 juta perjalanan tetapi firma itu melaporkan kerugian bersih kira-kira AS$1 bilion. – MalaysiaGazette