Riyad Al-Malki

NEW YORK – Menteri Luar Palestin menyifatkan pelan damai yang dicadangkan Amerika Syarikat (AS) adalah perjanjian yang memaksa Palestin menyerah diri.

Riyad Al-Malki yang menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bnagsa-Bangsa Bersatu semalam bagi membincangkan pembinaan penempatan haram Israel, Al-Malki menolak usaha damai tajaan AS dengan menyatakan semuanya memberi petunjuk bahawa ia merupakan ‘keadaan untuk menyerah diri.

Beliau turut menyatakan bahawa penempatan haram Israel adalah ‘teras’ kepada ‘halangan pedamaian’, lapor Middle East Monitor.

Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi menyifatkan pembinaan semula penempatan haram itu ‘tidak boleh diterima’ dan menggesa Majlis Keselamatan mengambil tindakan tegas terhadap Israel.

Marsudi berkata: “Tidak mengambil tindakan bukannya satu pilihan,”.

Pihak Berkuasa Palestin memboikot pentadbiran AS sejak Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan kemudian memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis pada tahun lalu.

Pentadbiran Trump berkata, ia akan mengumumkan rancangan perdamaian itu, digelar ‘perjanjian abad ini’, pada awal Jun selepas umat Islam tamat berpuasa, – MalaysiaGazette