TERKINI : Rugi! Liga Malaysia Berhenti Bulan Ramadan – PKNS FC

Pemain tengah PKNS FC, Akram Mahinan berpandangan adalah satu kerugian jika Liga Malaysia diberhentikan sepanjang bulan Ramadan ini kerana boleh menjejaskan prestasi dan momentum pemain selepas mengharungi separuh musim saingan liga.

Jelasnya, jika mampu mengawal faktor pemakanan selain mendapat rehat secukupnya, tiada masalah buat mana-mana pemain untuk beraksi di tahap terbaik sepanjang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.