Pesawat Myanmar Airlines selamat mendarat tanpa gear pendaratan. foto Reuters

YANGON – Juruterbang Myanmar berjaya mendaratkan sebuah pesawat penumpang dengan selamat tanpa roda di hadapan selepas gear pendaratan pesawat itu gagal berfungsi.

Tiada penumpang yang cedera dalam pesawat Embraer 190.

“Juruterbang telah melakukan tugas dengan terbaik,” kata Setiausaha Kementerian Pengangkutan dan Telekomunikasi, Win Khant.

Insiden itu sedang disiasat.

Syarikat penerbangan Myanmar berkata, pesawat itu telah berlepas dari Yangon dan menuju ke lapangan terbang tersebut.

Dalam penerbangan itu, juruterbang tidak dapat menggunakan gear pendaratan pesawat berkenaan.

Juruterbang itu, Kapten Myat Moe Aung telah berlegar di lapangan terbang itu sebanyak dua kali bagi membolehkan pengawal trafik memeriksa sama ada gear mendarat pesawat itu telah keluar.

“Beliau kemudian mematuhi prosedur mendarat selepas mengurangkan minyak jet untuk mengurangkan beban mendarat.

Video menunjukkan pesawat mendarat dengan menyentuh roda belakangnya sebelum menurunkan muncungnya.

Pesawat itu bergerak dalam beberapa jarak di sepanjang landasan dengan muncung kapal terbang hingga asap keluar sebelum ia berhenti. – MalaysiaGazette