royalti petroleum
Mohammad Agus Yusoff

KUALA LUMPUR – Hasrat Pas dan UMNO yang mahu bergabung menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tanpa menetapkan tarikh tertentu dilihat hanya sekadar kerjasama umpama opera Cina semata-mata.

Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, ini kerana Pas tidak pernah setia dalam pakatan politik dan UMNO didakwa bakal menjadi mangsa seterusnya.

“Saya setuju Pas-UMNO hendak bergabung, tetapi bilakah tarikhnya yang tepat? Tanpa tarikhnya yang tepat, saya menilai kerjasama Pas-UMNO sekarang seperti opera Cina.

“Kenapa saya kata Opera Cina? Ini kerana secara secara faktanya, Pas tidak pernah setia dengan rakan.

“Saya yakin menjelang penamaan calon PRU15 semasa pembahagian kerusi nanti, UMNO akan menjadi mangsa terbaru,” katanya dalam posting terbaru di akaun Facebook miliknya, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam bahawa parti Islam itu dan UMNO akan bergabung menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Kata Abdul Hadi usaha itu boleh berjaya kerana Pas dan UMNO kini berada dalam keadaan bersih selepas beberapa individu bermasalah meninggalkan kedua-dua parti berkenaan.

Mohammad Agus juga mempersoalkan kenyataan Abdul Hadi apabila mengatakan sudah bersih sedangkan masih ramai dalam UMNO didakwa di mahkamah.

“Gabungan Pas-UMNO sudah boleh dibuat kerana sudah bersih dari individu bermasalah. Bila bersihnya?

“Realitinya, ramai yang sedang didakwa sekarang masih dalam Umno. Manakala orang Pas yang profesional dan tidak taksub pula, sudah ramai meninggalkan Pas.

“Yang masih bersama dengan Pas ialah ‘walaun’ dan ‘waluntit’, yang mendakwa memperjuangkan Islam, tetapi bila memberi komen dan meraikan perbezaan pendapat, tidak menunjukkan akhlak Islam,” katanya.

Mohammad Agus juga membidas Abdul Hadi yang menyalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ekstrem yang menyebabkan perpecahan dalam masyarakat Melayu.

“Bila pula Anwar ekstrem? Yang ekstrem pada saya ialah yang menuduh orang yang tidak sehaluan sebagai kafir dan pelbagai gelaran seumpamanya.

“Begitulah jadinya apabila kita menggunakan Islam untuk mempolitikkan Islam.

“Selagi Pas-UMNO mempolitikkan Islam, maka selagi itulah saya menilai kerjasama ini sama seperti menonton Opera Cina,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Sebelum ini prof mohammad agus dilihat antara yang cerdik pandai. Namun hari ini dah jadi bongok. Umno dan pas cuma berkerjasama pada pru15, x bergabung pun. Sebab itu tiada keperluan menetapkan apa2 perjanjian.

Comments are closed.