LOS ANGELES – Dua bintang muzik, Justin Timberlake dan Missy Elliot mendapat pengiktirafan apabila dianugerahkan ijazah doktor kehormat oleh Berklee College of Music.

Kolej itu dalam kenyataan berkata, penerima ijazah kedoktoran kehormat tahun ini diiktiraf atas pencapaian dan pengaruh mereka dalam muzik, serta memberi impak global.

Berklee College of Music telah menganugerahkan ijazah doktor kehormat sejak tahun 1971.

Sebelum ini antara penerima tersebut termasuklah Aretha Franklin, A.R. Rahman, Lionel Richie dan Julio Iglesias. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan