Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Kemenangan DAP pada Pilihan Raya Kecil Sandakan tidak akan dapat memulihkan maruah Lim Kit Siang yang terluka selepas parti itu kalah di Cameron Highlands.

Ia perlu tujuh keturunan untuk memulihkannya, kata veteran UMNO, Datuk Dr Puad Zakarshi.

Menurut Ketua Bahagian UMNO Batu Pahat itu, kemenangan DAP di Sandakan di kawasan majoriti Cina hanya mengesahkan status quo parti sebagai parti orang Cina.

“Lagipun lawannya adalah PBS yang bukan lagi komponan BN.

“Kit Siang hanya ada satu lagi pilihan. Iaitu lawan sekali lagi UMNO di tempat yang bukan majoriti Melayu. Ada berani?,” kata Puad sambil bertanya mana satu pukulan maut antara menang di Sandakan kalahkan calon PBS yang bukan BN, dengan kalah kepada UMNO (BN) di Cameron Highlands

Beliau mengulas sindiran Penasihat DAP yang mendakwa kemenangan parti itu di Sandakan merupakan “tamparan hebat” kepada “malu apa bossku”.

Dalam hantaran melalui Facebook, Puad berkata, UMNO dengan DAP adalah seteru sepanjang zaman dan DAP cukup benci dengan UMNO.

Keutamaan DAP ialah memusnahkan UMNO dulu, kini dan selamanya.

Tetapi UMNO dan DAP tidak pernah bertemu satu lawan satu di dalam gelanggang, tetapi ditakdirkan ‘bertempur’ di Cameron Highlands dan DAP kalah teruk.

“Sudah tentu dendam kesumat Kit Siang memuncak,” ujarnya. – MalaysiaGazette