BEIJING – China sama sekali tidak akan mengalah terhadap tekanan luaran.

Sebaliknya, Chuna akan mengumumkan tindak balas selepas Washington mengenakan tarif baharu ke atas semua import China dalam pertikaian perdagangan yang semakin meningkat.

Perang perdagangan antara dua ekonomi terbesar di dunia melonjak pada hari Jumaat selepas Amerika Syarikat mengenakan tarif ke atas barangan bernilai AS$ 200 bilion.

Presiden Donald Trump mendakwa Beijing “melanggar perjanjian” dengan menafikan komitmen awal dalam rundingan yang dilakukan berbulan-bulan.

Trump juga mengarahkan Wakil Perdagangan, Robert Lighthizer untuk mengenakan tarif ke atas semua baki import dari China, satu langkah yang akan memberi kesan tambahan kepada barangan bernilai AS$ 300 bilion.

Beijing berikrar akan bertindak balas ke atas tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

Namun setakat ini belum ada pengumuman dibuat.

“Bagi butiran lanjut, sila teruskan perhatian. Menyalin ekspresi Amerika Syarikat. – tunggu dan lihat.

“Kami telah berkata banyak kali bahawa menambah tarif tidak akan menyelesaikan sebarang masalah. China tidak akan menyerah kepada tekanan luaran.

“Kami mempunyai keyakinan dan keupayaan untuk melindungi hak-hak kami yang sah,” kata jurucakap kementerian luar negeri, Geng Shuang dalam taklimat harian.

Geng berkata demikian ketika, menjawab pertanyaan mengenai ancaman Trump untuk duti ke atas semua import China.

Dalam pada itu, media rasmi China berkata, negara itu sentiasa membuka pintu untuk berunding tetapi berikrar akan mempertahankan kepentingan dan martabat negara.

Televisyen negeri dalam ulasan berasingan berkata, kesan ke atas ekonomi China daripada kenaikan tarif itu adalah “sepenuhnya dikawal”.

“Ia bukan masalah besar. China pasti akan memberi peluang kepada krisis dan menggunakannya untuk menguji kebolehan untuk menjadikan negara lebih kuat,” katanya. – MalaysiaGazette