RHB
RHB

KUALA LUMPUR – RHB Bank Bhd (RHB Bank), RHB Islamic Bank Bhd dan RHB Investment Bank Bhd mengurangkan kadar asas (BR) daripada 4.00 peratus kepada 3.80 peratus setahun.

Manakala kadar pinjaman asas (BLR) pula diturunkan kepada 6.75 peratus setahun berbanding 6.95 peratus sebelum ini.

Pengurangan itu berkuatkuasa hari ini, kata RHB Banking Group.

Menurutnya, semakan itu susulan penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia sebanyak 25 mata asas minggu lalu.

Dengan semakan itu, kadar simpanan RHB Bank menyaksikan penurunan sebanyak 20 mata asas berkuatkuasa 13 Disember 2019. – MalaysiaGazette