Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution beramah mesra dengan para peniaga bazar Ramadhan ketika mengadakan sesi lawatan pada Program Kampong ' Kashless' Walkabout di Jalan Raja Alang, Kampung Bharu, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 14 MEI 2019

KUALA LUMPUR – Sebanyak 447 buah premis di bazar Ramadan di seluruh negara telah dikeluarkan notis amaran ketidakpatuhan tanda harga jualan.

Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail berkata, ia hasil pemeriksaan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di 35,000 premis perniagaan di bazar Ramadan di seluruh negara.

Angka itu diperoleh sejak hari pertama Ramadan dari 6 Mei hingga semalam.

MGF14052019_PROGRAM KAMPONG ‘KASHLESS’ WALKABOUT08
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution beramah mesra dengan para peniaga bazar Ramadhan ketika mengadakan sesi lawatan pada Program Kampong ‘ Kashless’ Walkabout di Jalan Raja Alang, Kampung Bharu, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 14 MEI 2019

“Di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur sahaja sebanyak 833 premis bazar Ramadan telah diperiksa dan daripada angka itu, 44 notis amaran dikeluarkan kepada para peniaga kerana gagal mempamerkan tanda harga pada barang jualan.

“Kita bagaimanapun tidak mengambil pendekatan tegas mengenakan kompaun terus terhadap kesemua peniaga yang didapati bersalah. Ini kerana kebanyakannya berniaga pada bulan Ramadan, rehat setahun.. jadi takkan nak bertegas dan kompaun dia.

“Sebaliknya kita mengambil pendekatan mesra dan menasihati mereka supaya meletakkan tanda harga pada barang jualan,” katanya kepada pemberita di Kampung Baru.

MGF14052019_PROGRAM KAMPONG ‘KASHLESS’ WALKABOUT12

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution beramah mesra dengan para peniaga bazar Ramadhan ketika mengadakan sesi lawatan pada Program Kampong ‘ Kashless’ Walkabout di Jalan Raja Alang, Kampung Bharu, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 14 MEI 2019Terdahulu beliau menyertai Walkabout pemantauan harga di 400 premis di Bazar Ramadan dan #Raya Sempoi bersama Touch ‘n Go e-Wallet di Kampung Baru Kashless Bazar Ramadan, Jalan Raja Abdullah lewat petang tadi.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital, Syahrulnizam Samsudin dan pegawai pegawai penguatkuasa KPDNHEP turun memeriksa premis di bazaar berkenaan.

Saifudin berpuas hati dengan majoriti peniaga di bazar Ramadan di seluruh negara yang mematuhi peraturan ditetapkan termasuk menjaga kebersihan diri dan pakaian serta penyediaan makanan jualan kemas dan teratur.

Ditanya mengenai lebihan  atau pembaziran makanan sepanjang musim raya, beliau mengakui sepanjang Ramadan sebanyak 20,000 matrik tan makanan dibazirkan setiap hari.

“Itu angka tinggi yang didedahkan oleh kajian UM dalam satu seminar baru-baru ini berbanding 15,000 matrik tan setiap hari pada hari biasa menerusi data keluaran SW Corp.

“Bagaimanapun saya bersyukur sebab sekarang ini Kecara Sup Kitchen mengumpul semua makanan lebihan ini diagihkan kepada penerima yang memerlukan,” katanya. – MalaysiaGazette