KUALA LUMPUR – Pelakon Aliff Aziz terus berdepan kontroversi apabila dia sekali lagi didakwa berlaku curang dengan seorang wanita baru-baru ini.

Menerusi satu gambar yang kini tersebar melalui media sosial, Aliff yang tidak berbaju dilihat sedang dipeluk wanita yang dikatakan teman wanita terkininya.

Perkongsian yang dibuat seorang pengguna laman sosial yang juga mendakwa dirinya sebagai rakan kepada wanita itu.

Wanita itu meluahkan rasa sangat kecewa dengan rakannya yang dikenali sebagai Nismell.

“Nismell takkanlah dengan laki orang pun kau nak?.

“Tak kesian ke dengan anak bini dia, malu lah sikit, kau nak jadi apa.

“Semoga Allah memberi balasan kepada kau,” tulisnya menerusi Insta Story.

Sementara itu, wanita ini juga turut berkongsi muat naik perbualannya dengan isteri kepada Aliff, Bella Astillah.

Bella yang sempat berterima kasih dengan perkongsian itu, turut memuji tindakan wanita tersebut yang dilihat cuba membantu dirinya.

Sebelum ini Alif berdepan kontroversi bersama dua pelakon, Afifah Nasir dan Oktovia Menrose. – MalaysiaGazette