Pep Guardiola sudah menyenaraikan empat muka baharu untuk memperkuatkan pasukan menghadapi musim baharu EPK 2019-2020

MANCHESTER – Pengurus Pep Guardiola merancang membawa masuk empat pemain baharu dalam usaha Manchester City menghadapi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

City itu dikatakan akan menyuntik 200 juta pound untuk merekrut pemain baharu.

Guardiola berminat untuk memiliki seorang pemain pertahanan, dua pemain tengah dan seorang penyerang.

Pemain tengah Atletico Madrid, Rodri antara pemain sasaran Guardiola bagi menggantikan Fernandinho yang akan menjangkau usia 34 tahun bulan ini.

Pengarah Sukan kelab itu, Txiki Begiristian sudah menjalankan penilaian peribadi ke atas pemain berusia 22 tahun itu yang mempunyai klausa pelepasan antarabangsa kira-kira 60 juta pound.

Pemain Frankfurt , Luka Jovic yang berusia 19 tahun yang berada dalam perhatian City ditetapkan nilai 50 juta pound.

Manakala bintang muda Benfica, Joao Felix turut tersenarai dalam barisan masa depan Guardiola.

Sumber mencadangkan City turut mengintai perkembangan Matthijs de Ligt di Ajax bagaimanapun mengakui akan berdepan kekangan daripada Barcelona yang sedang memburu pemain itu.- MalaysiaGazette