Donald Trump, foto Agensi

WASHINGTON – Presiden Donald Trump akan bertemu Presiden China, Xi JinPing Jun ini berikutan perang dagangan melibatkan dua kuasa besar ekonomi dunia yang tegang sejak akhir-akhir ini.

Tiga hari lalu, Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif ke atas produk China ke AS dan sebagai tindak balas China hari ini mengenakan tarif import ke atas AS, sekali gus mengeruhkan keadaan di pasaran global.

China mengumumkan pengenalan tarif yang tinggi terhadap produk AS di China membabitkan sayur-sayuran beku dan gas asli cecair.

Pejabat Wakil Dagangan AS berkata, negara itu merancang untuk mengadakan satu forum umum berkenaan kenaikan duti import 25 peratus terhadap barangan import bernilai $300 bilion dari China pada Jun ini.

Telefon bimbit serta komputer riba juga termasuk dalam senarai itu kecuali produk kesihatan fasmasiutikal.

Kata Trump, beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Xi pada Sidang Kenuncak G20 akhir Jun ini.

“Mungkin sesuatu akan berlaku.

“Kami akan bertemu di G20 di Jepun dan saya rasa itu akan menjadi satu perjumpaan yang memanfaatkan semua,” kata Trump di White House.

Bercakap dalam jamuan makan malam di White House, Trump berkata, isu itu sepatutnya selesai dalam tempoh tiga empat minggu sekiranya lawatan delegasi perdagangan AS ke Beijing 2 minggu lalu mencapai kejayaan.

“Saya merasakan bahawa perjumpaan itu akan berjaya,” Trump.

Menteri Luar China, Wang Yi semasa melawat Rusia berkata, perbincangan antara AS dan China bukan bersifat perjalanan sehala tetapi perlu dikendalikan berdasarkan asas kesaksamaan. – Malaysiagazette