Opick

KUALA LUMPUR – Majlis Ulama Indonesia (MUI) mempersolkan kesahihan rambut Nabi Muhammad yang diberikan oleh satu pertubuhan Turki kepada penyanyi Opick.

Wakil Ketua Umum MUI, Yuhana Ilyas berkata, kebiasaannya barang seperti itu tidak dibenarkan dibawa keluar dari muzium biarpun ia benar rambut itu peninggalan Nabi Muhammad,

“Pertanyaan pertama, apakah benar itu rambut Nabi? Kalau benar boleh dibawa ke Indonesia?”

“Peninggalan Nabi yang ada di muzium Turki pastinya tidak boleh dibawa keluar. Apa gunanya ia dibawa ke Indonesia?” soal Yuhana seperti dilapor portal Detik.

Minggu lalu, Opick memberitahu dia diberi kepercayaan oleh pertubuhan bernama Dewan Ulama Tarikat Antarabangsa di Turki untuk menjaga seurat rambut  yang didakwa milik Nabi Muhammad.

Penyanyi lagu Rapuh itu berkata, dia telah pergi ke Turki untuk mendapatkan pengesahan berhubung ketulenannya.

Menjawab persoalan Yunaha, Opick berkata, dia hanya menjaga amanah yang diberikan.

Dia berkata sangat menghormati MUI dan pandangan ulama, serta meminta agar tiada pihak jangan melaga-lagakan dirinya dengan pertubuhan itu. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan