Sebahagian Jururawat serta ibu bapa bergambar bersama bayi-bayi tahun baharu 2019 yang dilahirkan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital Kuala Lumpur (HKL). foto SYAFIQ AMBAK, 01 JANUARI 2019

KUALA LUMPUR – Penduduk Malaysia dianggarkan 32.66 juta orang pada suku pertama tahun ini berbanding 32.29 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 16.86 juta adalah penduduk lelaki dan 15.80 juta wanita.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, sebanyak 116,850 kelahiran hidup direkodkan pada suku pertama 2019, susut 0.2 peratus berbanding suku pertama tahun lalu.

Menurutnya, daripada angka itu 60,299 membabitkan kelahiran bayi lelaki berbanding 60,560 pada tempoh sama tahun lalu.

Manakala sejumlah 56,551 kelahiran bayi perempuan direkodkan pada suku pertama tahun ini lebih rendah berbanding 56,472 pada tahun lalu.

Dalam pada itu sebanyak 42,647 kematian direkodkan pada tempoh itu, berkurangan 1.0 peratus berbanding 43,081 tempoh sama pada tahun 2018. –