Malaysia harus mengurangkan kebergantungan pekerjaan 3D kepada warga asing.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan digesa mengambil langkah memperkukuhkan kedudukan ekonomi negara dengan meningkatkan keyakinan pelabur asing melalui dasar-dasar ekonomi yang mampan.

Dengan kaedah ini, ia secara langsung akan mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan meningkatkan gaji pekerja, selain memulihkan keadaan ekonomi negara dan prestasi ringgit yang semakin merudum sejak pertukaran kerajaan.

Para pekerja mahir tempatan pula akan mendapat gaji yang setimpal dan terus berkerja di dalam negara dan bukannya bercadang menghantar para pekerja ini untuk bekerja di luar negara.

Jurucakap MCA, Mike Chong Yew Chuan berkata, jangan disebabkan kegagalan Pakatan Harapan melunaskan janji manifesto dalam pelaksanaan gaji minimum dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, golongan pekerja mahir tempatan pula dihantar bekerja di negara lain.

Tindakan itu hanya akan meningkatkan kebergantungan negara ke atas buruh asing, selain menyumbang ‘brain drain’.

Mike menyifatkan kegagalan kerajaan melaksana janji gaji minimum sebanyak RM1,500 dan mewujudkan 1 juta pekerjaan amat mengecewakan kerana ia memberi impak secara terus kepada rakyat.

“Dengan ini, Pakatan Harapan digesa menepati janji-janji mereka. Janganlah kita kehilangan rakyat kita kepada negara lain.

“Pelaksanaan gaji minima sudah pasti akan menarik lebih ramai rakyat Malaysia untuk membuat kerja-kerja 3D yang kini dikuasai pekerja asing,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sebelum ini, agensi berita Jepun melaporkan Malaysia mungkin akan menandatangani perjanjian dengan Jepun untuk menghantar pekerja kolar biru di negara tersebut dalam bidang tertentu di bawah satu program visa baharu yang dilancarkan bulan April.

Kyodo News berkata, Malaysia dan Jepun bakal menandatangani satu memorandum kerjasama (MoC) apabila Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran melawat Jepun Julai depan.

Kula pula berkata, MoC Malaysia untuk menghantar pekerja separa mahir ke Jepun masih belum dimuktamadkan kerana masih dirangka.

rangka asas untuk perkongsian maklumat bagi pekerja dalam sektor seperti pembinaan, perladangan dan penjagaan kejururawatan.

Jepun bercadang mengambil lebih ramai pekerja asing berikutan peningkatan jumlah penduduknya yang lanjut usia dan kadar kelahiran yang rendah.

Menjawab kepada kritikan berhubung isu itu, Kula Segaran berkata, adalah tidak adil untuk menghalang rakyat Malaysia mendapatkan pekerjaan yang baik di luar negara.

Malah, katanya, adalah kurang bijak untuk berfikir bahawa rakyat Malaysia tidak akan mencari pekerjaan di luar negara walaupun perjanjian rasmi tidak tercapai.

Memorandum tersebut akan menyediakan kerangka asas untuk perkongsian maklumat bagi pekerja dalam sektor seperti pembinaan, perladangan dan penjagaan kejururawatan.

Jepun bercadang mengambil lebih ramai pekerja asing berikutan peningkatan jumlah penduduknya yang lanjut usia dan kadar kelahiran yang rendah. – MalaysiaGazette